1.Pengenalan
Awra 88 Transport merupakan sebuah syarikat yang menjalankan perkhidmatan kenderaan berat iaitu lori saiz 1 tan, 3 tan panjang 14 kaki dan 5 tan panjang 17 kaki. Terdapat juga kenderaan berat lori saiz 10 tan panjang 28 kaki dan 10 tan panjang 30 kaki. Ini hanya terdapat di vendor di bawah seliaan syarikat. Tempat beroperasi di No. 29-G, Jalan Coco Drive 2, Taman Bandar Senawang, 70450 Senawang, Negeri Sembilan. Syarikat ini telah ditubuhkan pada tarikh 12.12.2017 dengan hanya memiliki sebuah lori bernombor kenderaan JRV 8444. Oleh kerana permintaan terlalu tinggi dan amat menggalakkan, pihak syarikat telah menambah lagi 2 buah lori iaitu bernombor pendaftaran VAB8444 dan VF8444 yang kini menjadikan jumlah lori yang terkini ialah 3 buah lori dan bakal bertambah di masa akan datang. Mempunyai kekuatan kakitangan yang sangat mahir dan amat berkebolehan seramai 8 orang di syarikat ini. Ternyata mereka mempunyai pengalaman dan pengetahuan yang luas dalam bidang kenderaan berat lori dan telah menjayakan syarikat ini mendapat perhatian pelanggan dengan mutu dan kaedah perkhidmatan terbaik yang diberikan.
Dengan beroperasinya syarikat di Senawang, Negeri Sembilan, syarikat Awra 88 Transport telah menempa nama sebagai sebuah syarikat yang menawarkan perkhidmatan sewa kenderaan berat lori dengan harga yang berbaloi kepada para pelanggan. Pihak syarikat telah menghasilkan sebuah profil syarikat yang bertujuan untuk memberikan informasi dengan lebih meluas berkenaan segala perkhidmatan yang terdapat di syarikat ini. Diharap dengan profil syarikat ini mampu meningkatkan permintaan perkhidmatan daripada para pelanggan agar dapat mencapai objektif syarikat terutama dalam kalangan pelanggan individu dan organisasi syarikat yang lain. Syarikat ini juga telah menjalankan usahasama tetap dengan beberapa syarikat ternama, antaranya syarikat Gintell (M) Sdn Bhd, Gold Cold Transport Sdn Bhd dan lain-lain.
Setelah lebih setahun menjalankan perkhidmatan dalam bidang ini, pihak pengurusan syarikat telah pun meningkatkan mutu perkhidmatan dari pelbagai sudut termasuklah aspek kualiti kenderaan, prosedur penyewaan dan strategi pemasaran dalam usaha memperkembangkan lagi perniagaan. Permintaan terhadap kenderaan berat lori sewa adalah sangat menggalakkan di kawasan seluruh semenanjung Malaysia terutama apabila para pelanggan individu memerlukan untuk proses pemindahan barang rumah atau kedai setiap hari. Syarikat Awra 88 Transport memberikan kemudahan kepada para pelanggan dengan memberikan perkhidmatan dengan cekap dan cepat.
Oleh itu, menjadi suatu kewajipan bagi syarikat ini untuk membentangkan profil syarikat yang terkini agar selari dengan perkembangan pertumbuhan semasa. Profil syarikat ini diharapkan dapat memberi kesan positif kepada strategi pemasaran syarikat Awra 88 Transport demi memartabatkan industri logistik di negara ini. Kesemua aspek utama perniagaan syarikat ada dimuatkan di dalam profil ini sebagai rujukan umum para pelanggan khususnya.
Objektif utama adalah untuk membina sebuah hubungan yang berkekalan antara syarikat dan pelanggan, berdasarkan kepuasan bersama dan amanah. Pelanggan yang setia adalah sumber keuntungan dan pertumbuhan kepada syarikat, dan hasil yang terbaik adalah sumbangan syarikat kepada masyarakat.
Selain itu, menjadi sebuah syarikat penyewaan kenderaan berat lori yang mampu memberikan perkidmatan yang terbaik kepada pelanggan khususnya syarikat-syarikat yang memerlukan dan menginginkan perkhidmatan penghantaran barang atau produk dan juga pelanggan individu dengan kemudahan di samping menjana pendapatan yang berpatutan dan berbaloi. Dan juga, dapat memberikan peluang pekerjaan dan pengalaman kepada masyarakat yang berminat dalam bidang logistik ini lantas dapat memberikan perkhidmatan yang terbaik kerana para pelanggan adalah keutamaan syarikat.
Maka bersesuaianlah dengan matlamat dan motto syarikat iaitu “Your Fast Moving Transport” dimana dari segi ketepatian masa dan ketangkasan dalam menjalankan perkhidmatan dapat memuaskan hati para pelanggan dan sentiasa memastikan masa yang telah ditetapkan dapat dijalankan dengan sebaiknya dan tidak bertangguh.
“Your Fast Moving Transport” adalah sebagai matlamat dan prinsip utama didalam syarikat Awra 88 Transport dan bagi pihak pengurusan dan kakitangan berjanji akan berusaha menguruskan segala keperluan dan permintaan para pelanggan dengan cara yang terbaik dan berpatutan mengikut citarasa serta kehendak yang memuaskan bagi kedua belah pihak. Selain daripada itu, matlamat syarikat juga semestinya ingin menjadi sebuah syarikat penyewaan kenderaan berat lori dari pelbagai jenis lori dan jenis perkhidmatan yang terkenal di seluruh Malaysia sekaligus membantu peningkatan taraf industri logistik negara.
Kemana hala tuju syarikat adalah untuk meningkatkan mutu perkhidmatan dan menambah kuantiti kenderaan berat lori dari pelbagai jenis untuk memberikan pilihan yang lebih banyak kepada para pelanggan dalam usaha memberikan kemudahan, kesenangan dan kualiti perkhidmatan agar dapat membantu dalam strategi perkembangan pemasaran yang telah ditetapkan oleh syarikat.
Berikut adalah merupakan butiran syarikat Awra 88 Transport yang telah didaftarkan mengikut prosedur perniagaan dalam negeri yang telah dikeluarkan lesen perniagaan dan permit yang sah mengikut peraturan yang ditetapkan.
Nama Syarikat : Awra 88 Transport
No lesen perniagaan : NS0196431-W
Bentuk perniagaan : Perkongsian
Tempoh sah : 21 Mac 2019 – 11 Disember 2020
Alamat perniagaan : No 29-G, Jalan Coco Drive 2, Taman Bandar Senawang 70450 Senawang, Negeri Sembilan
Nama pemilik : Azhan bin Mohd Aris
: Zuraida binti Ismail
No telefon bimbit : 013-660 6604
No tel/faks : 06-6715656
Bank syarikat : Bank Islam
No akaun : 05067010013303
Jenis perniagaan :Perkhidmatan sewa kenderaan dan agen perkhidmatan pengangkutan